16 Mac 2023, 10:24

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Alor Setar – Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKKN) di setiap negeri memberi peruntukan khas berupa Skim Insentif Seni untuk persatuan sastera dan budaya bagi menggerakkan pelbagai aktiviti dan program di setiap negeri.

Setiap permohonan yang dikemukakan itu akan dihantar kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk dinilai sebelum diluluskan.

Setiap persatuan penulis atau persatuan budaya boleh mengemukakan permohonan dengan menyediakan satu laporan tentang aktiviti atau program yang ingin dijalankan.

Penolong Pengarah JKKN Kedah, Encik Mohd Fahmi Che Mit sedang berucap dalam Mesyuarat Agung Tahunan ASASI Ke-48 di Alor Setar pada 11 Mac lepas.

Penolong Pengarah JKKN Kedah, Encik Mohd Fahmi Che Mit berkata demikian dalam majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) kali ke-48 yang diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah pada 11 Mac lepas.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa JKKN Kedah akan tetap memberikan kerjasama kepada ASASI bagi menjalankan pelbagai aktiviti dan program yang berkaitan dengan kesusasteraan di Kedah yang turut digelar sebagai Jelapang Sasterawan Negeri.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.