Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Lumpur – Rancangan Cakna Bahasa terbitan Bernama Radio telah menampilkan Nisah Haron untuk membincangkan perkara-perkara penting yang membentuk karya sastera serta kejayaan beliau sebagai Penerima Anugerah Sasterawan Muda Asia Tenggara 2017.
Penglibatan awal beliau dalam dunia kesusasteraan bermula dengan pengalaman berguru dengan Othman Puteh, seorang yang pakar dalam cerpen. Beliau membaca semua ulasan cerpen dan mempelajari teknik penulisan cerpen yang ditulis oleh Othman Puteh dalam Dewan Siswa.
Menyentuh buku yang dihasilkan beliau berjudul Menulis Mengatur Diri mengimbau kembali kerjaya awalnya sebagai peguam. Pengalaman itu telah berjaya menghasilkan penulisan novel, cerpen, kajian dan artikel. Buku tersebut merupakan himpunan artikel sastera, hasil tulisan beliau selama 20 tahun.
Menurut beliau, terdapat pelbagai faktor yang mengangkat kehebatan penulis di Malaysia. Misalnya, kepelbagaian disiplin ilmu jelas bantu dalam menghasilkan karya yang berkualiti.
Tegasnya lagi;
seseorang penulis harus memulakan penulisan dengan menulis resensi buku, berganjak ke artikel ataupun kajian, dan akhir sekali menghasilkan cerpen atau puisi.
Akhir sekali, beliau turut berpandangan penulis harus tahu tentang hak cipta. Kepentingan hak cipta amat penting supaya karya kita tidak diplagiat sewenang-wenangnya. Undang-undang hak cipta melindungi bentuk atau cara yang mana idea-idea ditunjukkan.