7 Februari 2023, 18:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Johor Bahru Radio JohorFM yang merupakan saluran rasmi RTM di negeri Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) telah membuat segmen peraduan Pantun Teka-teki bermula 7 Februari (setiap Selasa) bermula pada pukul 8.00 hingga 9.00 pagi.

Pantun teka-teki yang diudarakan oleh penyampai radio dalam segmen tersebut akan dijawab dengan pantun juga oleh para pendengar. Setiap pemenang yang menjawab dengan betul akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50.00 bagi setiap seorang. Segmen ini akan berlanjutan sehingga 40 episod. Para pendengar yang berminat untuk menyertainya boleh menghubungi talian 07-2243100/07-2344100/07-2345100.

Pantun merupakan kebijaksanaan akal budi orang Melayu dan mampu menjana kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. O.T. Dussek yang merupakan seorang kolonial Inggeris dahulu pernah menulis buku pantun teka-teki yang bertajuk Long-Chair Malay (1918). Buku tersebut memuatkan pantun, kosa kata dan teka-teki Melayu. Beliau secara zahirnya telah melihat kecerdikan orang Melayu melalui penciptaan teka-teki dan pantun yang mampu menajamkan akal fikiran manusia.

Menurut Ungku Aziz pula, pantun membuktikan daya akal kreativiti orang Melayu, malah merupakan daya cipta yang canggih. Oleh yang demikian apabila pantun dan teka-teki digabungkan menjadi satu entiti dalam cabang kesusasteraan Melayu, ia dilihat sebagai kebijaksanaan bangsa Melayu.

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.