Oleh Hafizul Osman
5 Disember 2022, 10:44

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Mesyuarat pemilihan Jawatankuasa Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) bagi tahun 2022-2024 telah diadakan di Dewan Usman Awang, Rumah PENA bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan PENA ke-59 pada 3 Disember 2022 yang lalu. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Datuk Haji Zainal Abidin Borhan, Presiden Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA). Seramai 82 orang ahli persatuan hadir ke mesyuarat tersebut selain hadir untuk menunaikan hak mengundi pemilihan jawatankuasa baharu persatuan.

Presiden GAPENA, Datuk Haji Zainal Abidin Borhan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 PENA.

Dr. Mohamad Saleeh Rahamad telah mengekalkan jawatan Presiden yang disandang beliau pada sesi sebelum ini. Jawatan Timbalan Presiden disandang oleh Encik Mohd Khair Ngadiron menggantikan Dr. Mohd Hanafi Ibrahim. Manakala tiga jawatan lain, iaitu Setiausaha, Timbalan Setiausaha dan Bendahari diisi oleh penyandang terdahulu. Mereka ialah Dr. Shamsudin Othman selaku Setiausaha, Encik Zaifulnizam Wagiran selaku Timbalan Setiausaha dan Encik Azalan Hussain selaku Bendahari. Masing-masing mengisi jawatan ini tanpa bertanding.

Yang berikut merupakan senarai Jawatankuasa PENA bagi sesi 2022-2024.

Presiden: Dr. Mohamad Saleeh Rahamad
Timbalan Presiden: Encik Mohd Khair Ngadiron
Pengerusi Tetap: Encik Roslan Madun
Timbalan Pengerusi Tetap: Dato’ Dr. Mohd Radzuan Ibrahim
Setiausaha: Dr. Shamsudin Othman
Timbalan Setiausaha: Encik Zaifulnizam Wagiran
Bendahari: Encik Azalan Hussain
Pemeriksa Kira-kira:
Encik Ramlee Wahab
Puan Nazhatulshima Nolan

Ahli Jawatankuasa:
Prof. Madya Dr. Norhayati Ab. Rahman
Encik Maniyamin Ibrahim
Encik Rosman Md Shah
Encik Mohamad Fairul Rashid
Encik Usman Gumanti Ibrahim
Datin Barupawati Utamaju

Dr. Mohamad Saleeh dalam ucapan penangguhannya berharap agar jawatankuasa baharu yang dilantik ini dapat bersama-sama beliau memajukan lagi PENA pada masa hadapan selain dapat membantu penulis di bawah naungan persatuan agar terus cemerlang. Beliau juga berharap agar semua ahli PENA dapat memberikan kerjasama yang baik kepada jawatankuasa baharu bagi meneruskan kesinambungan bahasa dan sastera di tanah air selain PENA kekal relevan pada masa hadapan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.