Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangTarikh 27 Oktober 2021, mengundang duka rakyat Malaysia khususnya dalam kalangan pencinta sastera tanah air apabila negara kehilangan Sasterawan Negara ke-11, Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kemala.
Kita kehilangan sasterawan yang menyumbangkan karya sastera untuk pembangunan akal budi bangsa dan pembangunan negara dalam aspek persuratan. Sesungguhnya, jasa beliau amat besar kepada negara,” tutur Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa Pustaka (DBP), YBhg. Profesor Datuk Seri Dr. Awang Sariyan ketika mengulas pemergian Allahyarham Kemala.
Tambah YBhg. Profesor Datuk Seri Dr. Awang Sariyan lagi, usaha dan jasa Kemala tidak seharusnya dilupakan lebih-lebih lagi apabila Allahyarham bertanggungjawab memulakan satu tradisi yang menyatukan para sasterawan Nusantara melalui persatuan Sasterawan Nusantara Melayu Raya (NUMERA).
Sesungguhnya, usaha ini tidak mudah dilakukan kerana kita sudah ada Majlis Asia Sastera Tenggara (MASTERA) dan ada pelbagai wadah lain tetapi tampaknya Allahyarham Kemala, dengan kekuatan peribadi yang tersendiri telah menerajui NUMERA sehingga menjadi satu badan yang diakui pada peringkat Nusantara.