Oleh SHUKRY SIDDIQ
26 Julai 2021, 23:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kota Kinabalu – Program Suara dari Lembah Gaza Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan (WP Labuan) berlangsung pada 26 Julai 2021, pukul 9.00 malam di studio siaran langsung media sosial Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif, Menteri Tugas-tugas Khas yang mewakili YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.

Program ini merupakan program yang mempersembahkan bacaan puisi, syair, lagu etnik dan lagu puisi oleh 13 orang peserta yang terdiri daripada pendeklamasi dan penyanyi hebat dari Sabah dan WP Labuan bersempena dengan kutipan Tabung Kemanusiaan Palestin anjuran DBP

YB Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif, Menteri Tugas-tugas Khas.

YB Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif menyampaikan ucapan alu-aluan mewakili Ketua Menteri Sabah. Dalam ucapannya, beliau mengecam tindakan rejim Zionis yang menyerang bumi Palestin dan menyifatkan perbuatan Zionis itu sebagai jenayah perang yang tidak pernah habis.

Beliau juga turut menyeru agar perjuangan ini perlu berterusan dan bukan hanya perjuangan yang bermusim. Selain itu, beliau mengajak rakyat Sabah bersama-sama menyumbang kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam pembangunan insfrastruktur yang telah musnah akibat serangan rejim Zionis.

Mohd. Arifin mengakhiri ucapannya dengan mendeklamasikan puisi bertajuk “Gaza itu Kita” karya beliau sendiri.

Puan Aminah Awang Basar, Pengarah DBP Cawangan Sabah.

Sebelum itu, Puan Aminah Awang Basar yang merupakan Pengarah DBP Cawangan Sabah memberikan ucapan ringkas dan turut mendeklamasikan sebuah puisi karya Siti Zaleha M. Hashim berjudul “Anak-anak Perang”.

Peserta lain yang bersama-sama mendeklamasikan puisi dalam program ini adalah seperti berikut:

  • Encik Muhammad Fadhil Arif (Johan Pertandingan Koakademik Bahasa Melayu DBP-KPM Kategori Syair Peringkat Negeri Sabah (2017 dan 2019) – “Lambaian Palestin” karya Kerisz UniSZA
  • Encik Mazlan@Joehari Manan, Pengerusi Tetap Majlis Belia Sabah (MBS) – “Lambaian Palestin” karya Kerisz UniSZA
  • Puan Ainun Nasibah Johar (Juara E-Deklamasi Sajak Hari Belia Negara Peringkat Negeri Sabah 2020, Wakil Majlis Belia Sabah) – “Palestin Tidak Pernah Dikalahkan” karya Siti Sarah Zainal
  • Encik Sharif Anwar Abd. Manap Lakariba, Exco Angkatan Muda Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (PERKIS) – “Derita Mereka Peduli Kita” karya Sharif Anwar Abd. Manap Lakariba
  • Puan Norhayati Tasif, Wakil Badan Bahasa dan Sastera (BAHASA) – “Mari Kita Berperang seperti yang Sepatutnya” karya Datuk Jasni Matlani
  • Encik Awang Abdul Muizz Awang Marusin, Ketua Dua Ikatan Penulis Sabah (IPS) – “Aku Kalis Peluru” karya Hafiszi Omar
  • Puan Ony Latifah Osman, Wakil Kelab Penulis KDM Malaysia (MOMOGUNSIA) – Lagu Etnik Tabai Insi
  • Puan Min Yasmin, JULFEKAR MUSIC Record Label – Lagu A’touna El Toufoule (Beri Kami Masa Kecil)
  • Puan Darmata Haji Matlan, Pengerusi Jom Sastera Sabah -“Perindu Surgawi” karya Sayap Rindu
  • Encik Ariff Riezman, Wakil Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) – “Anak Gaza” karya Norgadis Labuan
  • Warga DBP Cawangan Sabah – “Munajat Ini Untukmu” karya Kriss Karmila

Tonton program penuh ini di sini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

Coretan Puisi

Mata dan Mati

5 April 2024, 09:11
Coretan Puisi

Pintu

5 April 2024, 08:39
Coretan Puisi

Hujan

25 Mac 2024, 14:32
error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.