Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKota Kinabalu – Program Suara dari Lembah Gaza Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan (WP Labuan) berlangsung pada 26 Julai 2021, pukul 9.00 malam di studio siaran langsung media sosial Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif, Menteri Tugas-tugas Khas yang mewakili YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.
Program ini merupakan program yang mempersembahkan bacaan puisi, syair, lagu etnik dan lagu puisi oleh 13 orang peserta yang terdiri daripada pendeklamasi dan penyanyi hebat dari Sabah dan WP Labuan bersempena dengan kutipan Tabung Kemanusiaan Palestin anjuran DBP.
YB Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif menyampaikan ucapan alu-aluan mewakili Ketua Menteri Sabah. Dalam ucapannya, beliau mengecam tindakan rejim Zionis yang menyerang bumi Palestin dan menyifatkan perbuatan Zionis itu sebagai jenayah perang yang tidak pernah habis.
Beliau juga turut menyeru agar perjuangan ini perlu berterusan dan bukan hanya perjuangan yang bermusim. Selain itu, beliau mengajak rakyat Sabah bersama-sama menyumbang kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam pembangunan insfrastruktur yang telah musnah akibat serangan rejim Zionis.
Mohd. Arifin mengakhiri ucapannya dengan mendeklamasikan puisi bertajuk “Gaza itu Kita” karya beliau sendiri.
Sebelum itu, Puan Aminah Awang Basar yang merupakan Pengarah DBP Cawangan Sabah memberikan ucapan ringkas dan turut mendeklamasikan sebuah puisi karya Siti Zaleha M. Hashim berjudul “Anak-anak Perang”.
Peserta lain yang bersama-sama mendeklamasikan puisi dalam program ini adalah seperti berikut:
Tonton program penuh ini di sini.