Oleh Zaidi Saad
15 Mac 2021, 08:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), mengadakan Majlis Malam Baca Puisi PENA –  JKKN bersempena dengan Ulang Tahun PENA yang Ke-60 pada tahun 2021, bertemakan “Tika usia di hujung mimpi sebuah masa lalu menjadi igau negeri”. Majlis ini telah dilancarkan oleh YBrs. Tuan Haji Mesran Mohd Yusop, Ketua Pengarah, JKKN bersama-sama YBrs. Dr. Mohamad Saleeh Rahamad, Presiden PENA.

YBrs. Tuan Haji Mesran Mohd Yusop membaca puisi

Sejak tahun 1998, antara kegiatan PENA ialah Malam Baca Puisi PENA. Kegiatan ini merupakan antara medan baca puisi untuk para penyair, deklamator dan aktivis serta khalayak ramai mempersembahkan karya atau bakat mereka di pentas. Program juga merupakan ruang bagi aktivis seni dari pelbagai bidang seperti teater, tari, penyair, pemuzik berkumpul dan bertukar pandangan tentang seni dan budaya.

“Program seumpama ini perlu disokong kerana ianya mampu menyemarakkan kegiatan kesusasteraan dan seni berbahasa, khususnya Baca Puisi kepada khalayak. Selain itu, menjadi medan pertemuan para penulis, aktivis dan budayawan di samping dapat memperkenalkan bakat dan karya baharu.” Ucapan Ketua Pengarah JKKN, Tuan Haji Mesran Mohd Yusop.

Majlis ini turut di hadiri oleh YBhg. Profesor Datuk Seri Dr. Haji Awang Sariyan, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, YBhg. Datuk Johan Jaafar, Sasterawan Negara dan pencinta kesusasteraan serta penggiat seni sastera di sekitar Lembah Klang.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.