Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – “Karyawan besar akan menggerakkan sebuah tamadun”.
Demikian kata-kata YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Haji Muhammad Taib, mantan Menteri Besar Selangor ketika berucap pada majlis perasmian dan penyampaian anugerah sempena Sambutan Hari Puisi Kebangsaan (HPK) 2023 di Rumah GAPENA, semalam.
Beliau percaya Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) mampu melaksanakan agenda ini, iaitu membentuk karyawan yang berjiwa besar sekaligus dapat melahirkan karya-karya yang luar biasa.

Karya yang baik sudah tentu akan menyemarakkan dan mendorong pembinaan jiwa malah tamadun. Ujar beliau;
Puisi salah satu cabang kreatif dalam membina jiwa, semangat juang dan bukan sekadar ekspresi perasaan
Lantas, GAPENA harus mencari jalan, bersinergi dengan pemain industri mewujudkan banyak program, pertandingan atau sayembara puisi agar lambakkan puisi berkualiti mendatangkan manfaat dan memanusiakan masyarakat.
Pada majlis tersebut, beberapa anugerah telah diumumkan. Bagi penerima Anugerah Bakti Sastera GAPENA telah berikan kepada Dr. Victor Pogadaev dan dua orang penyair terkemuka negara menerima Anugerah Tokoh Puisi Kebangsaan, iaitu SN Zurinah Hassan dan Dr. Lim Swee Tin.
Majlis turut dihadiri oleh Presiden GAPENA; Datuk Zainal Abidin Borhan, Timbalan Presiden Gapena yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana HPK 2023; Dr. Mohamad Saleeh Rahamad serta Tuan Haji Mohd Salahuddin Mohamed, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP.
HPK dianjurkan hasil resolusi Hari Puisi Nasional ke-21 di Pontian, Johor pada tahun 2021. Malah tarikh 12 Julai di pilih atas semangat memperingati tarikh kelahiran ikon Sastera Melayu, iaitu SN Usman Awang.
