Oleh Harlym Yeo
Diterbitkan pada 18 Mac 2023, 11:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) bakal menganjurkan program Interaksi Pemuisi Sedunia 3.0 secara dalam talian pada 18 Mac, mulai 9.00 malam hari ini.

Program yang akan dianjurkan ini bersempena dengan sambutan Hari Puisi Antarabangsa yang diasaskan oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sejak tahun 1999 lagi.

Presiden PEMUISI, Dato’ Dr. Radzuan Ibrahim menjelaskan;

Pelbagai aktiviti sastera anjuran PEMUISI adalah bertujuan mengangkat puisi bahasa Melayu di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa sekali gus menyahut gesaan kerajaan dalam usaha memartabatkan bahasa ibunda.

Selain pemuisi tempatan, pemuisi dari negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Thailand, China, Rusia, Belanda dan Belgium serta Australia turut mengambil bahagian menyemarakkan program ini.

Memeriahkan lagi program ini, SN Zurinah Hassan, SN Siti Zainon Ismail serta Prof Emeritus Dato’ Dr. Hashim Yaacob, Naib Canselor Universiti Malaysia ke-8 bakal mewakili Malaysia mendeklamasikan puisi.

Orang ramai diundang untuk menonton di Facebook Pemuisi Nasional Malaysia atau ikut serta secara langsung di pelantar Zoom seperti maklumat berikut:

Pautan Zoom:

https://us06web.zoom.us/j/89367364993?pwd=K3VlOS9VdmNYQVhCMjBudkQzVzF5QT09

Meeting ID: 893 6736 4993

Kata laluan: interaksi

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi