Diterbitkan pada 15 November 2025, 09:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Pagoh – Gema Bahasa dan Sastera (GEBARA) yang diadakan melalui Karnival Sahabat Kata 2025 di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Tinggi Pagoh baru-baru ini meraikan keindahan bahasa dan seni sastera Melayu di samping menjadi wadah untuk memupuk apresiasi terhadap warisan budaya bangsa.

GEBARA merupakan satu daripada acara kemuncak yang menghimpunkan pelbagai bentuk seni tradisional dan moden seperti ghazal, sketsa, teater, komediri, lagu rakyat, lagu puisi, dan deklamasi puisi.

Acara ini turut mendapat perhatian bakat-bakat baharu untuk menonjolkan kreativiti dalam berbahasa dan berseni mereka.

Penganjuran Karmival Sahabat Kata 2025 bersempena dengan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Pertubuhan Bukan Kerajaan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Jabatan Bahasa Melayu, Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Pagoh memperlihatkan usaha pemartabatan bahasa kebangsaan seiring aspirasi DBP dalam memperkasa bahasa Melayu di arus perdana.

Majlis Perasmian Karnival Sahabat Kata 2025  telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera DBP, YBrs. Tuan Haji Mohd Salahuddin bin Dato’ Paduka Mohamed, mewakili Ketua Pengarah DBP.

Kredit Foto: Azean Idruwani Idrus
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi