Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangAlor Setar – Sebanyak 11 karya baharu ahli Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) dilancarkan sempena Mesyuarat Agung ASASI kali ke-50 pada 26 April 2025 lalu di WNS Residences, Alor Setar.
Buku yang diterbitkan pada tahun 2024/2025 tersebut termasuklah Sigan oleh Zulaihah Karim, Takdir yang Tersimpan 2 oleh Hasni Abas, Bidadari Gelandangan oleh Hamizun Syah, Wanita Penggesek Biola oleh Osman Ayob, Tradisi Seni Persembahan Melayu Langkawi oleh Muhammad Izzat Md Isa, Kritikan Kontemporari dalam Karya Sastera oleh Mohamed Nazreen Shahul Hamid (dan beberapa rakan penulis), Ingatan kepada Seorang Ilhami Hisham oleh Mohamed Nasser Mohamed (dan beberapa rakan penulis), serta Jiran Sebelah Rumah oleh Wadi Sofi.
Acara ini turut diserikan dengan kehadiran YB Encik Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh.
Beliau turut memberikan ucapan pembukaan dengan menyampaikan bahawa urusan bahasa, sastera dan budaya perlu terus digerakkan demi agama, bangsa dan negara.
Dalam acara tersebut, YBrs. Tuan Haji Abu Hassan Morad, Ketua 1 ASASI selaku pengerusi mesyuarat turut mengadakan sesi pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu.
Berikut ialah senarai AJK bagi tahun 2025–2027: Dr. Husairi Hussin sebagai Ketua 1, Dr. Mohamed Nazreen Shahul Hamid (Ketua 2), Puan Hasreeyati Ramli (Setiausaha), Puan Halison Abdullah (Bendahari), dan 10 AJK bagi tugasan persatuan yang lain.

Acara pagi tersebut turut diserikan dengan jamuan raya, selain persembahan deklamasi puisi oleh YB Encik Mohd Ashraf.