Diterbitkan pada 22 Mac 2025, 12:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Buku kumpulan puisi Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), YBrs. Dr. Hazami bin Jahari berjudul Ufuk Janji dan antologi puisi Takah 63: Kemuning di Anjung PENA hasil tulisan 150 penyair telah dilancarkan dalam Malam Baca Puisi anjuran Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) di Rumah PENA, semalam.

Acara pelancaran kedua-dua buku terbitan PENA di bawah projek Buku PENA-Malaysia MADANI yang disempurnakan oleh Presiden Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), YBhg. Datuk Zainal Abidin Borhan turut diserikan dengan kehadiran rakan strategik penganjur termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku (PKB), YBrs. Puan Adibah Omar dan Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) merangkap ketua projek Buku PENA-Malaysia MADANI, YBrs. Encik Khair Ngadiron.

Menerusi ucaptama YBrs. Dr. Hazami yang hadir sebagai tetamu khas, beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua ahli projek atas kejayaan penerbitan 100 judul buku termasuklah kedua-dua buku tersebut.

Ujar beliau,

Projek ini merupakan semangat yang ditunjukkan oleh MBKM, PENA, PKB dan GAPENA dalam usaha untuk memperkasakan sastera kebangsaan, memberikan ruang kepada penulis untuk menerbitkan karya dan menerima imbalan yang sewajarnya.

Antara koleksi buku yang dipamerkan untuk jualan sepanjang acara berlangsung.

Ufuk Janji terdiri daripada 140 buah puisi, manakala Takah 63: Kemuning di Anjung PENA pula memuatkan 150 buah puisi. Buku tersebut dan 98 judul buku lain boleh diperoleh di Kedai Buku Tulus Kata, Rumah PENA atau melalui Shopee Tulus Kata.

Kredit Foto: Farid J, Nur Shamiera Zahid
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi