Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuching – Gema Kemanusiaan: Suara dari Lembah Gaza merupakan program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (Sarawak). Program disiarkan secara langsung pada 28 Julai 2021 (Rabu) pukul 9.00 malam menerusi Studio Siaran Langsung Media Sosial DBP. Program ini diadakan bagi mendapatkan sumbangan dana untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin melalui Tabung Musa’adah COVID-19 JAKIM-YWM (Yayasan Waqaf Malaysia).
Atur cara keseluruhan program merupakan gabungan persembahan deklamasi dan lagu puisi berasaskan tema Suara dari Lembah Gaza. Deklamator yang terlibat ialah Zainal Abidin Suhaili (Abizai) – “Pulang Berkabung”, Sriwati Haji Labot – “Warkah Cinta Syaima” dan Khalid Husseine Tuah – “Kota yang Luka” karya Mohilis. Awang Kelana Awang Hassan pula menyampaikan Mantera Gaza, dan Mohamad Faizal Jamil mendendangkan Syair Rakis “Tragis Bumi Anbia”.
Kumpulan Lasykar Seni mempersembahkan dua lagu puisi, iaitu Panglima Jihad (A. Aziz Deraman) dan Janji Azali (Abdullah Azan Kadir). Sementara itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (Sarawak) mempersembahkan Pantomim dan Pidato Kemanusiaan. Pengarah DBP cawangan Sarawak, Abang Haliman Haji Abang Julai menyampaikan Monolog. Rakaman acara Gema Kemanusiaan: Suara dari Lembah Gaza ini boleh ditonton di sini.