Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangBermula ceritera kalam basmalah,
Kisah Ibrahim terjaga gundah,
ketiga kali mimpi berhelah,
Adakah peri perintah Allah.
Tuntaslah ia pada muafakat,
Seyogia mimpi bukan khurafat,
Bersama isteri dipadukan taat,
Putera kekar dikhabarkan niat.
Adapun Ismail akur bestari,
Tiada musykil ayahanda berperi,
Ibrahim bersiap belati dan tali,
Lambaian ibu sayunya hati.
Berpamit Ibrahim menzahir amanat,
Ditenung wajah anakanda nan sihat,
Usahlah ayahanda di hati ralat,
Arahan Tuhan pasti berhemat.
Gugur berlinang si air mata,
Menusuk belati berkilau cahaya,
Di pasir gersang leher tersedia,
Khalish terima perintah Yang Esa.
Berkat siddiq pegangan anbia,
Allah yang ghani utus kurnia,
Ganjaran bagi insan mulia,
Seekor kibas galang kurnia.
Usailah tamsil buat nasihat,
Panduan umat berpegang erat,
Tiada goyah penuhi amanat,
Khulasah ibadat pasrah makrifat.
Kemaman, Terengganu