Diterbitkan pada 26 Februari 2026, 13:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Lama telah diukir oleh nur kudus
lihatlah langit dalam kaca zaman
menahan diri dari lapar, dahaga dan segala
pancaindera termasuk hati, akal dan figura.
Gurunya kita.

Kecuali kembaramu tertangguh,
bacalah dan boleh dikecualikan.
Baca juga syaratnya. Jangan bertangguh.

Kalau kau ukur tinggi mana pemberian,
bulan ini akan melonjak darjat.
Sayapnya muhasabah dan kau akan melepasi awan-awan
nawaitu itu. Melepasi langit rindu.

Candra putih ini, semuanya hadir kecuali hitam.
Warna-warna yang dilukis oleh tinta keimanan
dan permukaannya kemanusiaan.

Jangan lupa mengetuk pintu,
nombornya sepuluh, tak perlu berteka teki,
siapakah yang akan membukanya nanti?

Dan teruslah membaca, aksara nirmala dari syurga.
Selak wajahnya, untuk mencari asrarnya. Biar musim
manis ini untuk mengkhatam kisah kura-kura
bukan seperti arnab yang terlena.

Dangau Seni, Kangar

Kredit Foto: Apaha Spi/Unsplash
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi