Oleh
Ismail Hashim
Diterbitkan pada 21 Januari 2026, 16:37
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKetika berlaga angin
dalam menentukan arah
tiupan yang kencang ke atas
lalu menindih ke bawah
kuasa angin menerjah
lagi menghukum pada
ranting, dahan dan daun
kian jauh terpisah
tak mungkin angin semakin lelah
semakin menutup apa yang terserlah
patah dan pecah bersilang tingkah
dalam menentukan tiupan
lebih terarah
ada dahan yang patah
dan pohon yang rebah!
Warisan Puteri, N. Sembilan
11.02.2025