Oleh
Salman Sulaiman
Diterbitkan pada 13 Januari 2026, 16:33
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKenapa kau tegar
melupuskan bunga
dan adat harum?
Membangunkan kota
dan leka bermain karom.
Mencantikkan muka
dan melekat jarum.
Melentikkan bulu mata
dan sibuk ke salun.
Selalu bangga
dengan dusun kebun.
Sambut tambah usia
dengan meniup belon.
Kuala Lumpur
2 Januari 2025