Oleh Hasmadi
Diterbitkan pada 29 Disember 2025, 09:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Walau lukanya amat parah
Raung duka di celah bangunan rebah
Gaza bertukar wajah
Ladang kemanusiaan yang punah
Di tengah belantara kecelaruan politik
Ketakutan menghambat kebenaran
Belukar kepentingan
Menjadi tempat sembunyi
Lalu tanah ini dibiar musnah
Menjadi padang terbakar
Alurnya parit penderitaan
Lautnya menjadi sungai sengsara
Gesel angin yang melukakan
Biarpun sesat mencari damai
Di celah runtuhan kehancuran
Tanah ini bukan untuk dijual
Biar segenggam debu pun
Tidak dibiar menjadi milik orang

Gaza bumi bertuah
Pemiliknya seluruh umat Islam
Setelah bumi ini Umar bebaskan
Tanah Gaza diwakafkan
Kitalah orangnya
Menanam kehidupan baru
Tanah Gaza yang menjadi abu.

Gombak
21 Februari 25

Kredit Foto: Firus Fansuri
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi