Diterbitkan pada 23 Disember 2025, 10:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

segenggam air di tanganku
rontok dari langit tua
dari awan awan ranum
ada wajahku di dalamnya
luruh satu persatu
ke tanah basah.

segenggam air
yang belum diberikan warna
ku uli menjadi dia
tak pernah kering
di sayap angin.

air yang hidup
tak pernah tahu
tubuhnya dingin
atau panas
kerana terlalu ikhlas,
reda dan rela.

yang terbit, turun
dan mengalir
tak pernah sesekali
bertanya kepada takdir.

air di tangan ini
bila tiba waktu
sering berpisah
selebihnya,
ada di dalam tubuhku.

Dangau Seni, Kangar

Kredit Foto: Jr Korpa/Unsplash
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi