Diterbitkan pada 23 Disember 2025, 10:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kenapa kita menyalahkan
hujan
lupakah kita pernah
tunduk di kakinya
tolong membantu
menghilangkan kemarau
panjang
petani resah di hujung sawah
menggenggam tanah kontang
bersama hiba dan rawan

kita pun memuja hujan
nan jauh ke langit
merayu supaya melepaskan
hujan dari ikatan awan

setelah hujan terus mencurah
tanpa berhenti dan sukatan
banjir semakin bertambah
kita perlihatkan segala musibah
tanpa memikirkan nikmat
di sebalik tanah yang dijajah!

Warisan Puteri, N. Sembilan
12.12.2024

Kredit Foto: Museum of New Zealand Te Papa Tongarewa
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi