Diterbitkan pada 17 Disember 2025, 10:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Pabila berjanji jangan mungkir,
kerawang dosa akan terukir.

Orang munafik lidah dusta,
menabur janji tidak dikota.

Suka menipu khalayak benci,
ke mana pergi dirimu dicaci.

Bercakap dusta sahabat lari,
dosa menimbun setiap hari.

Jangan dusta berkata-kata,
sifat yang hina dosa melata.

Jauhi sifat lidah bercabang,
elak berlaku tika bergebang.

Sifat pendusta dipandang hina,
tidak dihormati di mana-mana.

Orang munafik azabnya berat,
bebanan dosa sangatlah sarat.

Bidor, Perak

Kredit Foto: Firus Fansuri
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi