Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Barisan kepimpinan Organisasi Program Lepasan MASTERA (OPERA) Malaysia mengadakan kunjungan hormat rasmi ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) semalam bagi memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Kunjungan tersebut diketuai oleh Presiden OPERA, YBrs. Encik Lutfi Ishak dan disambut oleh Ketua Pengarah DBP, YBrs. Dr. Hazami Jahari bersama-sama Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP, YBrs. Encik Abang Haliman Abang Julai.
Pertemuan itu bertujuan mempererat hubungan dua hala serta memperkenalkan barisan kepimpinan OPERA yang kini turut memegang mandat penting di peringkat serantau. Dalam sesi tersebut, OPERA turut menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan DBP dalam pelaksanaan pelbagai program di Malaysia, termasuk Festival OPERA yang dijadualkan berlangsung pada Ogos 2026.
Turut hadir mewakili OPERA ialah Timbalan Presiden, Puan Hafizah Iszahanid; Penolong Setiausaha, Puan Noor Hafedah Jamiyil; dan Kurator Drama, Puan Siti Jasmina Ibrahim. Sementara itu, DBP turut diwakili oleh Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, YBrs. Puan Roziah Md. Yunus; Ketua Editor Bahagian Majalah, YBrs. Dr. Rosmani Omar; serta Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, YBrs. Puan Norhasmanalinda Mustapa.