Oleh
Adie Abd Gani
Diterbitkan pada 15 Oktober 2025, 06:44
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangEntah berapa kali
daging harus tersiat, dikerat
entah berapa kali
sayur perlu tersayat lumat
Untuk dibuktikan mangsa malah korban
sedangkan kasar guris calar
kejam pisau bersekongkol—
terlalu dalam dan lebar
Nirmakna merah darah di mukanya
berulang-ulang tanpa henti,
tiada raih empati
Apa kita mahu semisal papan pemotong,
hanya setebal diam,
tanpa jiwa?
Kuching, Sarawak