Oleh
Ibnu Din Assingkiri
Diterbitkan pada 3 Oktober 2025, 07:08
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan Sekarangberapa kali orang bilang
ini semua tentang manusia
menjulang kemanusiaan
di atas segala-galanya.
namun tetap ada
hati hitam—kepala kosong
mengejek bot-bot kecil
pengumpul tanda suka.
tak tercapai dek akal mereka
bahawa layar sekecil itu
menjadi panji separuh dunia
menolak Gaza terus dizalimi.
peromantis zionis kita
menampakkan wajah sebenar
di medsos. jernih seperti kristal
membiaskan hipokrasi.
sumud flotila ditertawakan
oleh hati hitam—kepala kosong
ehhh! alahhh! kenapa saya lupa,
kepala kosong; akal tiada!
Simpang Ampat, Pulau Pinang
2 Oktober 2025