Oleh
Sarah Ross
Diterbitkan pada 3 Oktober 2025, 06:16
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangTuhanku
sebatang mancis di jari
yang telah lama tersimpan
kini kucucuhkan ke sumbu di dada
kubawa nyalanya menuju Ghazzah
sepanjang pelayaran ini
Kau diamkanlah gelora lautan
jangan memadamkan maraknya
sekalipun oleh percikan-percikan
kuyakin, cukup setitis derita Ghazzah
membekukan seluruh amuk gelombang
maka, Kau sembunyikanlah
maha dahsyat seribu tahun ketakutanku
aku mahu tiba ke pantai
membahagikan nyala kasih sayang
ke tiap dada mereka
Bukit Katil