Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangBanting – Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), akan menganjurkan Hari Puisi Nasional ke-23 pada 11 hingga 13 Julai 2025 di Hotel Villea, Morib, Selangor.
Penyertaan dibuka kepada ahli-ahli badan gabungan GAPENA, pengarang, sarjana, serta pencinta bahasa, sastera dan budaya dari dalam dan luar negara. Namun begitu, penyertaan dihadkan kepada 150 orang sahaja.
Yuran penyertaan sebanyak RM100.00 seorang meliputi makan dan minum sepanjang program, Majlis Makan Malam Perasmian, Majlis Minum Petang Penutup, buku terbitan khas, dan e-sijil penyertaan. Penginapan dan pengangkutan adalah di bawah tanggungan peserta sendiri.
Pendaftaran adalah secara dalam talian melalui pautan ini dan yuran penyertaan boleh dibayar ke akaun Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (CIMB: 80-0127878-9) sebelum atau pada 2 Julai 2025.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Pengarah Program, Encik Zainal Mohd. Jais melalui talian telefon 012-6617335 atau Rumah GAPENA melalui talian telefon 011-62642412 atau 011-29094725 dan e-mel, [email protected].
