Oleh Sarah Ross
Diterbitkan pada 18 Jun 2025, 09:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

pernah, saya begitu mencintai angin
yang lembut berbisik ke telinga
mengusap wajah saya dengan dinginnya

angin yang menghalau bahang
mendakap saya nyaman
menyingkirkan resah malam

saya mula memuja-muja
dengan cita-cita yang besar
agar angin menyongsong ke puncak

namun, jika angin begitu santun
lalu siapa yang memaksa
daun-daun meninggalkan ranting

juga siapa yang menjauhkan awan
dari gersang tanah petani

saya melepaskan persahabatan
ketika langkah mula mendaki
dan tak pernah menolehnya lagi

Bukit Katil

Kredit Foto: Jonathan Borba/Unsplash
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi