Diterbitkan pada 26 Mei 2025, 07:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kota Bharu – Seramai 32 orang peserta penulis Kelantan dan Terengganu, lapisan lama dan baharu telah memenuhi Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur bagi menghadiri Bengkel Penulisan Skrip Drama Radio Peringkat Negeri Kelantan dan Terengganu pada 24 Mei 2025.

Bengkel tersebut turut berjaya menarik penulis yang pernah menulis skrip drama radio seawal 1970-an lagi. Mereka hadir bagi menggilap kembali kemahiran menulis skrip.

Program sehari itu menampilkan seorang penulis skrip yang tidak asing lagi, YBrs. Puan Maizura Ederis selaku pembimbing.

Maizura Ederis telah menulis skrip drama untuk pelbagai drama televisyen dan radio, antaranya termasuk drama bersiri dan filem Nur Kasih (2009), filem Bisik pada Langit (2017) dan Ayahanda (2021) bagi drama televisyen, manakala bagi drama radio, Maizura pernah menulis skrip drama Seteguh Kasih Ramadan (2017), Rindu Ramadan (2018) dan Jingga Pelangi Ramadan (2022).

Beliau juga merupakan Munsyi Dewan (Sastera).

Bengkel Penulisan Skrip Drama Radio ini bermatlamat untuk mengembangkan potensi para peserta dalam penulisan skrip drama, mengikut tuntutan semasa.

Bengkel Penulisan Skrip Drama Radio Peringkat Negeri Kelantan dan Terengganu di DBP Wilayah Timur baru-baru ini turut berjalan secara interaktif.
Kredit Foto: Zulkarnain Jamaludin Ansor
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi