Diterbitkan pada 10 Mac 2025, 07:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Ramadan penuh berkat menyapa hati
damai Iman Islam sepakat hayati.

Sujud dan doa terpancar ikhlas
membawa tenang walang nan culas.

Pintu langit terbuka rahmat melimpah
setiap amal ditadah ruah mencurah.

Puasa bukan kadar menahan lapar dahaga
menuntun hati menuju Pencipta Maha Kuasa.

Hidup diterangi cahaya semesta
Islam mengajar sabar, kasih dan setia.

Quran suluh, petunjuk abadi
Ramadan tampillah bersungguh, baiki diri.

Sahut sambut bulan ampunan
bersyukur nikmat tempuh teguh kesabaran.

Indah Islam terungkap setiap perbuatan
Ramadan, mencari Tuhan pemilik insan.

Fajar Ramadan membawa damai
sinari hidup dengan cinta permai.

Nur Islam, pancarkan keinsafan
bulan suci, hadiah-Nya penuh kemuliaan.

12 Februari 2025 – Padang Bongor, Binjai

Kredit Foto: Firus Fansuri
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi