Oleh Salman Sulaiman
21 Disember 2024, 07:40

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Gombak – Penyair Man Bakrie, 61 meninggal dunia semalam di rumahnya di Taman Greenwood.

Berita duka tersebut dikongsikan oleh seniman yang juga ahli kumpulan Kopratasa, Sani Sudin.

Man Bakrie atau dikenali juga dengan panggilan Abang Man Bubur tinggal sendirian di Greenwood, semasa hayatnya berniaga bubur di hadapan Medan Selera Greenwood. Allahyarham selalu mempromosikan perniagaannya di Facebook peribadinya.

Man Bakrie sebelum ini aktif mendeklamasikan sajak dan selalu hadir dalam program sastera yang dianjurkan oleh pelbagai pihak di merata-rata tempat di dalam negara.

Kelibatnya yang tidak muncul di Hotel Royal Park, UNITEN Bangi untuk program Perhimpunan Penulis Muda Nasional dan Sidang Kemuncak Penulis Malaysia anjuran PENA akhirnya terjawab dengan tersebarnya berita duka kematian Allahyarham semalam.

Man Bakrie yang lahir pada 9 Januari 1963 pernah menghasilkan buku sajak berjudul Nota Sukma yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) pada tahun 2016. Buku setebal 67 halaman tersebut menghimpunkan 60 buah sajak beliau.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.