Oleh Karmila Azmi
13 Disember 2024, 13:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Penerima Anugerah Tokoh Kalam Sastera, Persatuan Penulis Negeri Melaka (PENAMA) 2024, Mohd Adid Ab Rahman meninggal dunia hari ini.

Berita kematian Mohd Adid dikongsikan oleh PENAMA menerusi laman Facebook rasminya, sejam tadi.

Mohd Adid ialah pesara guru sejak 2022 dan dilahirkan di Kota Bharu sebelum menetap di Melaka sejak tahun 1997.

Beliau dikenali sebagai penulis prolifik dengan banyak karyanya disiarkan dalam Berita Harian, Mingguan Malaysia, Utusan Zaman, Dewan Sastera, dan pelbagai medium lagi sejak tahun 1980-an.

Mohd Adid juga terbabit dengan pelbagai judul antologi puisi, antaranya termasuk Antologi C Antagonis (ASWARA, 2020) dan Semarak Merdeka Tanah Air (PPJ, 2021), manakala puisinya, “Sekeping Kartu Kecil” termuat dalam teks KOMSAS SPM.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.