Diterbitkan pada 11 Disember 2024, 14:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Penyair Pahang, Hasnah Yusoff meninggal dunia semalam. Berita pemergiannya dikongsi oleh rakan penyair di media sosial.

Hasnah dikenali sebagai penulis puisi dan karyanya pernah memenangi Sayembara Puisi GAPENA dengan judul “Ini Rumah Perjuangan”.

Hasnah dilahirkan di Kelantan pada tahun 1959 dan mula aktif berkarya sejak tahun 1974.

Selain puisi, Hasnah turut menulis skrip drama, cerpen, kritikan seni lukis dan novel.

Hasnah pernah dilantik sebagai Setiausaha Gabungan Persatuan Pelukis Semalaya. Beliau juga pentadbir Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) kawasan Kuantan sejak tahun 1997 hingga 2019.

Kredit Foto: Faizal Sidik
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi