Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKota Kinabalu – Sebutir permata sastera Sabah, Faridah Abdul Hamid telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Likas pada subuh 29 November 2024. Beliau meninggalkan suami dan dua orang anak.
Faridah merupakan anak jati daerah Papar dan antara penulis yang signifikan bagi negeri Sabah.
Allahyarhamah pernah memenangi anugerah sastera peringkat negeri dan kebangsaan, termasuk Hadiah Sastera Sabah dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.
Antara karyanya termasuk kumpulan cerpen Kami Bercinta Tidak Lama, Menjolok Langit Menggapai Matahari dan novel Hanyut terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), serta kumpulan cerpen Hering terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).
Faridah telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bundusan Papar, Sabah.