Oleh Ana Mohd Bess
23 Julai 2024, 14:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan Sayembara Penulisan Kreatif DBP sebagai peluang besar untuk semua penulis Malaysia menghasilkan karya bermutu dan bermanfaat kepada masyarakat.

Dr. Hazami Jahari, Ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang mengumumkan sayembara ini berkata bahawa sayembara ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, kecuali kakitangan dan ahli keluarga terdekat karyawan DBP.

“Peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja bagi setiap kategori sayembara.

“Karya yang dihasilkan mestilah menyerlahkan jati diri dan citra bangsa Malaysia menerusi bahasa dan sastera kebangsaan dalam konteks kesejahteraan dan kenegaraan Malaysia MADANI.”

Dr. Hazami Jahari (kanan) Ketua Pengarah DBP bersama-sama Puan Roziah Md Yunus, Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan DBP.

Tambah beliau lagi, sayembara penulisan kali ini terbahagi kepada empat kategori, iaitu novel, kumpulan puisi, drama pentas, dan kumpulan cerpen.

Senarai hadiah mengikut kategori dan syarat-syaratnya adalah seperti yang berikut:

(a) Kategori Novel (Wang Tunai dan Sijil Penghargaan)

  • Tempat Pertama: RM30 000
  • Tempat Kedua: RM15 000
  • Tempat Ketiga: RM10 000
  • Sagu Hati: RM3000 x Tiga Penerima

(b) Kategori Kumpulan Puisi (Wang Tunai dan Sijil Penghargaan)

  • Tempat Pertama: RM30 000
  • Tempat Kedua: RM15 000
  • Tempat Ketiga: RM10 000
  • Sagu Hati: RM3000 x Tiga Penerima

(c) Kategori Drama Pentas (Wang Tunai dan Sijil Penghargaan)

  • Tempat Pertama: RM30 000
  • Tempat Kedua: RM15 000
  • Tempat Ketiga: RM10 000
  • Sagu Hati: RM3000 x Tiga Penerima

(d) Kategori Kumpulan Cerpen (Wang Tunai dan Sijil Penghargaan)

  • Tempat Pertama: RM30 000
  • Tempat Kedua: RM15 000
  • Tempat Ketiga: RM10 000
  • Sagu Hati: RM3000 x Tiga Penerima

Syarat-syarat penyertaan:

  • Karya yang dihasilkan mestilah menggunakan bahasa kebangsaan.
  • Karya yang dihasilkan tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti sentimen perkauman dan agama, hasutan, penyelewengan akidah dan mengganggu ketenteraman awam.
  • Karya yang dihantar mestilah asli, bukan saduran, adaptasi, penyesuaian atau apa-apa sahaja yang membawa pengertian bahawa karya itu bukan karya asli dan belum pernah tersiar atau diterbitkan oleh mana-mana pihak.
  • Setiap karya yang dihantar tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan.
  • Karya yang dihantar hendaklah diterima oleh urus setia sayembara pada atau sebelum 31 Disember 2024 bagi kategori Kumpulan Puisi, Drama Pentas dan Kumpulan Cerpen, manakala bagi kategori Novel, karya yang dihantar hendaklah diterima oleh urus setia sayembara pada atau sebelum 31 Mac 2025.

Hantarkan karya melalui e-mel: [email protected]

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
……….Urus Setia Sayembara Penulisan Kreatif,
……….Bahagian Promosi dan Pengiktirafan,
……….Dewan Bahasa dan Pustaka,
……….Aras 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa,
……….50460 Kuala Lumpur.
……….(a) Puan Ana binti Mohamad Bess (03-21479124)
……….(b) Puan Rabi’ahtuladawyah binti Md. Saleh (03-21479132)
……….(c) Encik Amizi Ikman bin Amran (03-21479128)

Kredit Foto: Hanafi Mohd Yusof

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.