18 Julai 2024, 12:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuching – Zainal Palit (Zaen Kasturi) telah diterbangkan khas oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) untuk menjadi tenaga pengajar dan pembimbing dalam Bengkel Pemurnian Manuskrip Buku Sastera (Puisi) di Bilik Wacana, pada 11 dan 12 Julai yang lepas.

Dalam bengkel tersebut, Zaen Kasturi membimbing para penulis yang terpilih dengan menyatakan bahawa puisi adalah tentang rasa.

Rasa dalam sesebuah puisi tidak semestinya perlu dizahirkan secara literal, bahkan puisi yang baik akan menyampaikan rasa kepada pembaca tanpa perlu berlebih-lebihan dalam binaan dan pemilihan kata. Ujar beliau;

“Rasa dalam puisi umpama lirik dalam lagu The Beatles, Because. “Because the sky is blue, it makes me cry

“Rasa itulah yang seseorang penulis perlu wujudkan untuk disampaikan kepada khalayak puisinya.”

Dalam bengkel tersebut, Zaen Kasturi juga menitipkan seseorang penulis bukan sahaja perlu bijak dalam pemilihan diksi, bahkan turut perlu diberi perhatian ialah penggunaan citra dan imej yang terkawal.

Bengkel ini merupakan susulan daripada Bengkel Perolehan Manuskrip Buku Sastera (Puisi) yang telah diadakan pada tahun lepas.

Setelah disaring, sebanyak 15 buah manuskrip mentah kumpulan puisi yang telah dipilih oleh 15 orang peserta yang terdiri daripada penulis mapan Sarawak.

Pada bengkel pemurnian ini, setiap peserta dibimbing secara khusus melalui kaedah “pertemuan empat mata” antara pembimbing dan peserta.

Kaedah ini menyebabkan setiap manuskrip lebih tuntas dan berkesan kerana pembimbing berpeluang untuk memberitahu peserta tentang hasil penilaian awal atau penelitian beliau terhadap manuskrip peserta tersebut.

Di samping itu, peserta juga diberi peluang untuk mempertahankan dan bertanya tentang manuskrip masing-masing.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.