13 Mei 2024, 16:41

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Festival Puitika Mendayu kembali menemui peminat sastera pada 17 dan 18 Mei di Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan.

Festival selama dua hari ini bakal disajikan dengan aktiviti forum dan bual karya sastera yang akan menampilkan Rosli K. Matari (penerima SEA Write Award) dan Leo A.W.S. (Tokoh Sastera Kelantan).

Pengunjung yang hadir juga boleh mengikuti Sayembara Deklamasi Puisi UMK serta Jejak Seni ‘Sejarah Pasir Puteh’ yang akan dikongsi oleh Penggawa Semerak Dr. Mustafa Ahmad.

Selain itu,  pameran daripada Persatuan Pelukis Kelantan, Persatuan Layang-layang Kelantan dan kemuncak acara, iaitu Konsert Mendayu turut diadakan.

Konsert ini akan menampilkan sasterawan, seniman dan budayawan terkenal, termasuk Datuk Ramli Sarip, Dr. Lim Swee Tin, Umar Uzair, Haziq Rosebi, Lin Haslinaz, dan Sirat Maharaj.

Festival ini merupakan cetusan Meja Poedjangga sejak tahun 2017 dan disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Kredit Gambar: Firus Fansuri

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.