5 April 2024, 09:11

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

(kepada Refaat, melayang-layang)

Yang beriman
pada lingkungan
masa merentas
titi ke–mati–an
tergoncang, tersingkap jua hati hamba
…………………mata nasr-Allah?

Bayang layang beliau
melayang-layang memayung Gaza
bergantung berharap semata
mata
segala yang adil, yang hak
tertegak

……………nyata di alam ini?

Atau
sumud terus memakan
masa merentas
titi ke–mati–an

……………ghaib di alam sana?

Menggila jua bersengkang
mata
bersama memerhati
menelan hati
mati.

Tanjung Gahai, Mac 2024

Nota: Refaat Alareer ialah pengarang, penyair dan aktivis Palestin. Beliau profesor kesusasteraan Inggeris di Universiti Islam Gaza. Pada 6 Disember 2023, beliau terbunuh oleh serangan udara Israel di utara Gaza. Semoga Allah menempatkannya bersama-sama hamba-Nya yang dikasihi dan terpilih. Al-Fatihah.

Kredit Foto: Rachid Oucharia/Unsplash

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

Coretan Puisi

Pintu

5 April 2024, 08:39
Coretan Puisi

Hujan

25 Mac 2024, 14:32
Coretan Puisi

Dalam Diam

22 Mac 2024, 08:05
error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.