Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangTiga puluh sembilan hari
aku, tekakmu wahai sang punya
dua kesejukan mata Rasulillah
menahan lapar dahaga dunia
menanggung rindu cinta mati
lantaran itu satu-satunya kunci
membuka gerbang kota kekasih
saat kotaku kala ini dikepungi
segerombolan mulhid.
Malam keempat puluh itu
aku, tekakmu ya Sayyidana Uthman
tiba-tiba hangat dan basah
hatimu terbang mengait bulan
matahari membentangkan tikar
langit memerah madu sungai jannah
pohon-pohonan malar berghazalan
bunga-bunga berqawali membesarkan
……….Apakah lebih iftar berbanding iftar
……….apakah lebih eid berbanding eid
……….apakah tersegar dan terpaling sa’id
……….berbanding berdampingan
……….merayakan semua itu
……….bersama Rasul!
Siang keempat puluh itu
aku, tekakmu merasakan
darah syahidmu di hulu mulut
bertukar menjadi madu terlazat
di hilir teronggokkanmu ini,
tidak terasa rupa-rupanya kematian
sebegini menyenangkan, melazatkan
mengenyangkan, sedar-sedar
ya Sayyidana Uthman, telah kita di alam
keabadian.
Pinggiran SWADD Jalan Perak
Kredit Foto: Rachael Gorjestani/Unsplash