Oleh Sarah Ross
Diterbitkan pada 25 Mac 2024, 14:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Ia tidak jatuh menimpa manusia
selain mengajar mendayung berani

Berulang titisnya tidak
menemui batas henti
agar yang tersakiti semakin berani
mendayung diri ke hadapan

Biarkan takut menjadi bayang, ada
tapi tidak tercermin wajah sebenarnya
dan kekal terkebelakang

Ia masih turun ketika tiada pilihan
selain berani adalah
perahu menyelamatkan

20.12.2022
Kangar, Perlis

Kredit Foto: James Wainscoat/Unsplash

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi