Diterbitkan pada 22 Mac 2024, 08:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Dia bercakap tentang kebenaran
sedangkan makanannya kebatilan.
Apakah yang benar,
bila sesuatu itu sering
dipalsukan.

Berkata adalah suara yang merdeka
kecuali yang terbit dari singgahsana
pada akal yang putih.
Cuma ada yang diam,
setelah kata-kata tidak lagi, bernama suara.

Yang berbicara dikatakan emas
dan yang diam disifatkan sebagai intan.
Lebih banyak bercakap
salahnya bertambah-tambah.

Bercakaplah kalau tahu,
diamlah untuk ambil tahu.

Dangau Seni, Kangar

Kredit Gambar: Boston Public Library/Unsplash

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi