Diterbitkan pada 27 Disember 2023, 09:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Dunia sastera tempatan telah kehilangan seorang novelis dan wartawan terkemuka, Datin Seri Saleha Abdul Rashid atau lebih dikenali dengan nama pena, Salmi Manja, semalam.

Menerusi laman sosial Facebook Helmy Samad, ibunya meninggal dunia di Subang Jaya dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ22 selepas dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Al Irsyad, Subang Jaya, Selangor.

Allahyarhamah merupakan mantan wartawan, penulis veteran, penyair dan novelis dalam kalangan pengarang wanita di Malaysia.

Antara karya novel Allahyarhamah seperti Hari Mana Bulan Mana dan Sayang Ustazah Sayang selain beberapa novel lain, antologi cerpen dan puisi.

Allahyarhamah antara pengarang wanita yang banyak mencetuskan kesedaran menuntut keadilan sosial dan kebebasan hak wanita.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi