Oleh Suyuthi Yusuf
7 November 2023, 02:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kota Bharu – Tujuh penerbitan DBP, iaitu buku, karya dalam majalah dan jurnal merangkul Anugerah Bitara Bahasa dan Sastera Kelantan 2023. Penganugerahan tersebut berlangsung di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan pada malam tadi.

Penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh Tengku Temenggong Kelantan, YBM Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Buku Pasak Citra II: Sastera dalam Pembinaan Peradaban karya Dato’ Abdul Aziz Deraman.

Buku terbitan DBP nukilan Dato’ Abdul Aziz Deraman yang bertajuk Pasak Citra II: Sastera dalam Pembinaan Peradaban memenangi anugerah buku esei kritikan/kajian sastera (perseorangan) bagi Hadiah Sastera Kelantan 2019-2023. Beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM1500.00 dan sijil penghargaan.

Dato’ Abdul Aziz Deraman menerima sijil penghargaan daripada Tengku Temenggong Kelantan, YBM Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Cerpen “Cinta Kita Sudah Berakhir” karya Prof. Dr. Nik Hazlinda Nik Hussain yang merupakan salah satu cerpen yang terkandung dalam buku Antologi Cerpen Ahli Perubatan: Suamiku 47XXY pula memenangi Kategori Cerpen Eceran. Beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM700.00 dan sijil penghargaan.

Buku Antologi Cerpen Ahli Perubatan: Suamiku 47XXY.

Karya kreatif dalam majalah Dewan Sastera pula memenangi Kategori Puisi Eceran dan Cerpen Eceran. Antara puisi yang dipilih memenangi Kategori Puisi Eceran termasuklah puisi “Hari-hari Panjang” (Rosli K. Matari), “Pengikat Bayang” (Abdul Hadi Yusoff), dan “Di Atas Kereta Api” (Abham T.R.).

Bagi Kategori Cerpen Eceran pula, cerpen “Deepavali di Rumah Pakcik Ratnam” nukilan E Pian Pro Poul dipilih sebagai salah sebuah cerpen yang memenangi kategori tersebut. Setiap pemenang puisi membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM600.00 dan sijil penghargaan, manakala pemenang cerpen mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM700.00 dan sijil penghargaan.

Karya esei kritikan tulisan Prof. Madya Dr. Norhayati Ab. Rahman dalam Jurnal Malay Literature bertajuk “Pemartabatan Wanita dalam Novel Matriark daripada Perspektif Feminis oleh Cheri Register” pula memenangi Kategori Esei Kritikan/Kajian Sastera.

 

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.