Oleh Zaleena E-Naa
25 Ogos 2023, 15:40

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

(Mengenang Almarhum Kemala SN ke-11)

 

Tika suatu waktu bersapa aku hanya lewat Cakar Nanar; Numera79 memaknakan persinggahan.

Aku pun bertatih mengusung “Di Singgahsana Bahasaku” dalam lembar sejarah di lantai Numera

Realisasi kebersamaan derita Uyghur dari Maghrib hingga Isya’. Antara deru kereta di Jalan Puchong gema gelisah pecah pada deru semangat juang lara manusia di Xinjiang.

Kumandang lagi puisi sengsara Palestina di MARBA. Serba sederhana dia meluah bicara; halus bahasanya menjentik empati dalam nada serigala. Semua terpana terpesona!

Terakhir di kamar Stor DBP bergema lagi suara Dalam Luka-luka Tanah Air. Puluhan warga disantuni. Mesra ramahnya lestari abadi; sehabis usia.

Gema kian perlahan tika susuknya tiba-tiba hilang.

Pun usia emasnya gemerlapan dalam ulik saf kata. Pergi jua dalam rahmat Azzawajala tika lelahmu gemulai menoktahkan aksara.

Kuala Lumpur
30 Januari 2023

Kredit Foto: Ken Cheung/Unsplash

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.