Oleh Firdaus Mul
29 Mei 2023, 10:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – “Kadang-kadang melihat hujan yang turun dan menitis, boleh digunakan dan diterapkan untuk menghasilkan sesebuah puisi”.

Jelas Nordin Saad, seorang penyair yang baru-baru ini tampil dalam rancangan Bicara Karyawan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Beliau diundang untuk membicarakan kumpulan sajak baharu beliau, Aksara Cinta Rumah Ibunda .

Kumpulan sajak ini menghimpunkan 108 buah sajak yang sebahagiannya pernah tersiar dalam majalah terbitan DBP. Pengalaman sewaktu pandemik melanda negara dan dunia menjadi ilham kepada beliau.

Jelas beliau, sajak-sajak yang dinukilkan menggunakan bahasa yang mudah difahami. Tidak seperti sesetengah sajak yang dibina dengan bahasa yang terlalu kabur.

Sajak sebenarnya permainan bahasa, ada kalanya perlu bahasa yang indah dan kata-kata biasa. Apabila kita gabungkan dalam sesebuah sajak, hasilnya menjadi menarik.

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa selain novel, cerpen dan sebagainya, sajak juga merupakan karya sastera yang mampu mengetengahkan pengajaran dan peringatan kepada khalayak. Sebagaimana yang beliau ketengahkan dalam buku kumpulan Sajak tersebut.

Haziq Zakaria bertindak sebagai moderator menemu bual Nordin Saad, bercakapmengenai buku puisi beliau yang baharu, iaitu Kumpulan Sajak: Aksara Cinta Rumah Ibunda, baru-baru ini.

Pada akhir temu bual, beliau sempat menitipkan pesan kepada generasi muda, bahawa generasi hari ini adalah penentu kepada kelangsungan sastera di masa hadapan. Kemandirian kesusasteraan Melayu seharusnya dipertahankan dan diperjuangkan oleh generasi muda.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.