Oleh Karmila Azmi
22 Mei 2023, 14:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Miami – Pengarang terkenal dan berpengaruh kelahiran Wales, Martin Amis meninggal dunia dalam usia 73 tahun pada Sabtu lalu kerana barah esofagus.

Amis yang dilahirkan pada 1949 ialah pengarang terkemuka yang diperkatakan dunia sastera sejak 50 tahun lalu selepas penerbitan novel pertamanya, The Rachel Papers pada tahun 1973.

Lulusan Bahasa Inggeris dari Oxford University, beliau ialah anak kepada ilustrator dan pengarang komik, Kingsley Amis.

Ketika membesar, Amis mengakui bapanya mempunyai pengaruh besar dalam perjalanan kepengarangannya. Kejayaan novel Lucky Jim tulisan bapanya yang terbit pada tahun 1954 membawa keluarga itu berpindah ke Princeton, lokasi bapanya mengajar.

Dalam dunia sastera, Amis dianggap sebagai “pengarang selebriti” kerana karya-karyanya yang berkualiti dan berada dalam barisan pengarang handalan, seperti Julian Barnes, Kazuo Ishiguro, dan Ian McEwan.

Amis amat dikenali untuk novel Money (1984) [] dan London Fields (1989).

Pada tahun 2008, The Times London menamakan Amis sebagai 50 pengarang handalan British.

Kematian Amis dikongsikan oleh Yayasan Hadiah Booker di laman sesawang pada Sabtu lalu. Amis berada dalam senarai akhir Hadiah Booker pada tahun 1991 dan 2003. Selain novel, Amis juga menghasilkan kumpulan cerpen dan buku bukan fiksyen termasuk The Second Plane, sebuah buku yang mengumpul ulasan dan esei beliau mengenai tragedi 11 September 2001.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.