Oleh Firdaus Mul
10 April 2023, 09:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – “Kehidupan SN Muhammad Haji Salleh yang ke sana sini membolehkannya melihat dan merenung cebisan pengalaman serta akhirnya menghasilkan puisi yang indah”.

Demikian penjelasan oleh Dr. Muhammad Irfan Nyia Abdullah ketika menjadi tetamu dalam siri rancangan Bicara Karyawan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), baru-baru ini.

Dr. Muhammad Irfan Nyia Abdullah ketika membicarakan buku baharu terbitan DBP, Lakaran Budaya Dalam Puisi Muhammad Haji Salleh, baru-baru ini.

Beliau mengupas sebuah buku baharu terbitan DBP, iaitu Lakaran Budaya Dalam Puisi Muhammad Haji Salleh. Buku ini mengandungi enam bab dan secara ringkasnya mengajak pembaca mengenali budaya ilmu, kerja serta turut menyentuh kepengarangan SN Muhammad Haji Salleh.

Kepengarangan beliau dijadikan fokus perbincangan dalam bicara ini. Ujarnya;

Dalam puisi-puisi Muhammad Haji Salleh yang dikaji, saya dapati beliau sangat mementingkan aspek yang berkaitan dengan budaya ilmu.

Pengalaman SN Muhammad Haji Salleh dari satu tempat ke satu tempat yang lain menjadikannya seorang yang berpengalaman dalam memerhati kepelbagaian budaya masyarakat lain. Segala pengalaman tersebut akhirnya ditumpahkan dalam bait-bait puisi nukilannya. 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.