Diterbitkan pada 23 Mac 2023, 13:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Aku keluar menentang siang
mentari terus memanah sabar
angin angin semilu
dan tapak kaki mengalir
menjadi debu debu.

Aku kembali bersama peringatan
di hadapan sebilah kesimpulan
untuk mengunyah ayat ayat batin.
di telaga zahir.

Aku duduk menjahit malam
kusingkap benang benang nafsu
pun perahu rohani menyeberang
ke laut laut jasmani.

Aku menjadi Ramadan,
yang bukannya teori,
tertulis, dalam buku hukum!

Dangau Seni, Kangar

Kredit Foto: Esmonde Yong/Unsplash

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi