Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuching – Penulis prolifik, Dato Dr. Jeniri Amir telah diundang oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) sebagai pembimbing dalam “Bengkel Perolehan Manuskrip Biografi dan Autobiografi Tokoh Bahasa dan Sastera Sarawak“ pada 11 Mac yang lalu.
Sebagai pembimbing, beliau menceritakan pengalaman sebagai penulis, berkongsi teknik, proses dan metodologi yang perlu ada ketika menghasilkan karya biografi mahupun autobiografi.
Beliau sememangnya sinonim dengan penulisan berbentuk begini, antara karya yang dihasilkan adalah Hasbie Sulaiman: Permata yang Terpendam dan Rosli Dhoby: Merdeka dengan Darah.
Ingatan ialah tulang belakang biografi, manakala penyelidikan pula merupakan daging, darah dan nyawa biografi,
Ujar beliau ketika menyampaikan bimbingan kepada peserta.
Penganjuran bengkel bertujuan memberi bimbingan kepada peserta supaya boleh menulis peranan, sumbangan dan riwayat hidup seseorang tokoh dan seterusnya karya yang dihasilkan kelak dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.
Bengkel ini telah disertai seramai 21 orang peserta termasuklah Jong Chian Lai, iaitu sasterawan Negeri Sarawak dan Saie Dris, tokoh Puisi Sarawak bagi tahun 2022.