21 September 2022, 10:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur  Abdullah Munsyi merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia kesusasteraan Melayu. Kuliah Penyelidikan Sastera (KUPAS) Bil. 15/2022 yang bertajuk “Keintelektualan Abdullah Munsyi Mendahului Zaman?” memperkatakan tentang kepengarangan Abdullah Munsyi. Dr. Rahimah Hamdan daripada Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) selaku pengkuliah membicarakan perkara tersebut.

Dr. Rahimah Hamdan sedang membentangkan kajiannya tentang Abdullah Munsyi.

Beliau membicarakan unsur kemodenan dalam kepengarangan Abdullah Munsyi, iaitu realisme dan individualisme. Beliau menyatakan, realisme dalam konteks karyanya lebih kepada pengamatan dan pengalaman. Oleh itu, realisme akan memberikan penekanan kepada logik, peristiwa seharian dan semasa. Tambahnya, perkara tahyul dan khurafat juga akan ditolak dalam kemodenan sastera.

Konsep individualisme pula memberikan penekanan kepada pandangan individu, iaitu seseorang itu lebih bebas untuk bersuara. Antaranya, seseorang individu itu dapat menggunakan bahasa pasar, mengkritik seseorang tanpa mengira status dan menggunakan kata ganti nama diri pertama. Pengarang juga bebas menulis kerana penolakannya terhadap autoriti institusi.

Dalam kuliah ini juga dijelaskan persoalan yang timbul berkenaan kepengarangan Abdullah Munsyi yang mendahului zaman. Daripada hasil kajiannya, beliau mendapati bahawa konsep realisme dan individualisme telah wujud dalam sastera Melayu tradisional lagi. Antaranya ialah syair. Beliau menyatakan terdapat syair yang muncul lebih awal yang telah memaparkan unsur kemodenan, iaitu Syair Dagang Berjual-beli (dikarang pada tahun 1830) oleh Tuan Siami atau Simi.

Tonton bicara tersebut di sini:

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.